Friday 23 March 2012

Renungan Sejenak..

Jika Allah SWT menahanmu untuk mendapatkan sesuatu,
itu bukan kerana Dia bakhil, khuatir kehilangan perbendaharaan-Nya
atau menyembunyikan hakmu.

Akan tetapi kerana Dia ingin engkau kembali kepada-Nya,
Dia ingin memeuliakan mu dengan rasa pasrah kepada-Nya,
menjadikan mu kaya dengan fakir kepada-Nya,
memaksamu untuk bersimpuh dihadapan-Nya,
menjadikan mu dapat merasakan manisnya kepatuhan dan
kefakiran kepada-Nya setelah merasakan pahitnya
terhalang dari sesuatu.

Apabila sampai sekarang engkau rasakan bebanmu
semakin berat, itu bukan kerana Dia menyeksamu di kedudukan
yang tertinggi.

Apabila Allah SWT baru saja mencabut kedudukan mu,
itu bukan kerana Dia membencimu.

Tetapi agar engkau dapay menyaksikan hikmah-Nya,
dalam qudrah-Nya,
rahmat dalam keperkasaan-Nya
dan kelembutan dalam paksaan-Nya.

No comments:

Post a Comment