Sunday 26 August 2012

CuTi Raya dA AbiS, KuLiAh Pun BerMuLa..

     Salam sejahtera,,macam mana percutian raya sahabat2?? Happy x? Dapat beraya dengan family??saya xpon,,,Apa2 pon sya happy sebab ada member gk yang x blik hihihhihi,,,

    Cuti raya da abis kuliah pon bermula terasa berat badan plak nk gerak p kuliah esok,,,tp tu la hakikatnya sebagai student harus jdi pelajar yang di redhai Allah,,tapi kadang2 kita lalai ngan duniawi sebagai contoh, internet wat kita lalai, apatah ligi tilam dan bantal yang ermpuk,,,comfirm2 xbangun punya laaa,,,,hahaha kena lawan gak walau mcm mana sekali pun. Kadang2 aku pun x masuk kelas gak sebab ketiduran sebab bola...hurmmm..

    Ramadhan telah berlalu pergi, 
Raya Aidil fitri kita lalui, 
Kuliah bermula esok pagi,
Aku harus pergi,

Gambar hiasan

Ya Allah kuatkan la hati ini untuk menimba ilmu Mu,
Ya Allah tabahkan la hati ini dalam kesukaran dalam pembelajaran,
Ya Allah permudahkan la segala urusan dunia dan akhirat,
Ya Allah lulus kan la aku dalam perperiksaan akhir,
Mudah-mudahan aku jadi insan yang Engkau berkati,
Aminnnnn ....

by: Abdullah

Friday 24 August 2012

RaYa kE 6 kE PanTaI iRaMa,,

Salam sejahtera dan salam rindu kpd sahabat2 andai...
Hari cepat berlalu tanpa kita sedari,
Hari ini masuk hari ke 6 kita beraya di Aidilfitri, hari nie kami kepantai irama berjalan sakan seharian, memulakan langkah kami untuk merelaxkan minda kami krana xdpt beraya dengan keluarga dan family...huhuhu...
Perjalanan kami di rancang oleh sahabat saya mazlan, juru kamera kami saudara asik(windows pirate)..huhuhu gurau jak kami kunun,,,
 ini la gambar2 D'panta Irama..



 

Laut China Selatan memisahkan,
Sabah dengan Kelantan,
Kampung halaman kami rindui,
Salam Aidilfitri,









Suasana Pantai Irama
di petang hari,,,,sungguh meriah kan
mari pakat ramai pegi..best wow...













Nie la gambar kami d'Pantai Irama....best sini ramai orang berkunjung padan dengan raya lagi,,kompom2 banjir kenderan dan orang...tempat nie ada pasar malam gak,,,nak tau pegi la,,,










Asik2 setiap kali aku upload mesti gmbar ko yang pertama,,,,uhuhuhuhh
bertuah ko,,,
Sebab  dya la watak utama saya dalam  blog..
Termenung cinta ke tu???





Sebelah kanan Nie sepupu aku nama dia Fauzul Adhzim,
Belajar dekat  Pasir Mas,
KKTM,,ajak sekali beraya ngan kami..





Sebelah nie plak Khairul Azwan (coolluk)
bergaya kan?????















Yang nie Hairul (kecik)
dari daerah yang sama, sekolah darja yang sama, kos yang sama dan sem yang sama...hahahahha



















 Hahahahahah....yang nie mantap xpayah bgtau la 





Nie gambar beramai2 best giler,,,



Nie lah gambar kami dengan rider2 kami,,,,posing2 luuuu
Sebenarnya tapak kasut tercabut tu la xbnyak gerak malu t kalau tertanggal...
Salam Raya 
Moga hari ini lebih baik dri sebelumnya,
han hari esok lebih baik dri hari nie

Esok pegi mana lgi???????

Taman Hati

Subahallah.. Walhamdulillah..
La Ilaha Illaah.. Wallaahu Akbar..

Oh, mengapa kau sepi membisu
Puspa layu di taman hatimu
kali zikir dah lama mengalir lesu
Takdir Allah hikmah x ketemu

Cerah ia dengan puji utama
Bercahaya, kau tabah diuji
merdu suara syahdu lagi jiwa bergema
Janji Allah mewarnai hati

Biru laut mengalun pecah pantai
Biru lagi tasik hati mu
Hijau daun memaut patah tangkai
Hijau lahi taman hati mu

Allah, kami lemah takkan lelah
Lamar cinta-Mu ke taman hati
Allah, kami rindu takkan pernah jemu
Taman  syurga-Mu saujana abadi


Thursday 23 August 2012

DiA lAH PeRmAtA yAnG D'cAri

      Beberapa hari kebelakangan ini aQ x bleh tido entah mengapa??? aku janji buntu juga memikirkannya, adakah hati ini masih sakit, kecewa dengan keputusan yang dia berikan kepadaku?? atau aku sememangnya tidak boleh tido??Hurmmmm jadi mengeluh aku dibuatnya. Suatu penantian yang tidak pasti, hampir dua tahun aku menunggu insan anugerah ilahi itu, kesopananya memikat hati, jika dia milikku tetap kan la hatiku dengan hatinya, jika dia bukan milikku redha hatiku dengan ketentuan Mu.
       
    
  Bila berfikir sejenak, terlintas dihati adakah aku layak untuk memilikinya, sedangkan lelaki soleh hanya untuk wanita yang solehah, mana mungkin aku layak untuk mendapatkannya. Aku hanya mampu untuk lupakan walaupun pahit yang Aku akan rasa kerana aku takut akan azab Allah, ada baik nya Allah jauhkan diri aku dengan dia agar aku tidak lupa pada pencipta alam dan sememangnya Allah ingin memberiku yang terbaik begitu juga dengan dia
      

      Ya Allah, tuhan segala alam, yang maha mengetahui isi hati hamba mu ini.
lapangkan la dada ini,bukakan la pintu hati ini agar lebih kukuh dan teguh pada agamaMu Allah.
Aku mohon pada mu Ya Allah lupakan la dia dalam pikirianku,
bukakan la minda ku untuk  terus berfikirian positf,
kuatkan lah semangat ini untuk teruskan dan dirikan agama Mu,
teguhkan la jiwa ini agar jadi hamba yang bertakwa,
walaupun Aku bukan la insan yang soleh akan ku terus belajar dan terus belajar untuk menghadapi liku-liku dalam dunia yang fana ini..


Salam Akhir Buat Mu

     

Cuti-cUTi kami D Hari rAya...

Bercuti di Hari raya....kami jalan2 tp xla jauh mungkin korng knal gk tmpat nie (bagi org kelantan jew)...huhuhu xbleh bg tau malu,,tp kami seronok etu yg tersurat yg tersirat sebenarnya kami rindukan keluarga kami, sanak saudara , budak2 kampung... : (

nie c Asik kuat  loading(windows pirate) tp kmi x sunyi bila dya ada, dya la yg mengisi kekosongan hari2 kami


 Abg bergaya tp sudah b'kahwin ,,,,,hahahaha  
time nie bosan x tau mo buat apa so pakar la jdi model..


 nie mazlan @ baden fliks...(rindu ngan family bila lagi dapat blik kampung yew..???)

Gambar2 nie raya ke3, ambil guna hp ja xmampu bli camera, 

Raya kU d'PeranTauAn LaGi..

 
   "Taqabalallahu minna wa minkum taqabal ya karim kullu aam wa antum bi khair" 

   Ramadhan beransur pergi, syawal menjelma di Aidilfitri aq menyusun 10 jari , seikhlas hati memohon ampun maaf jika ada silap dan salah, kekhilafan yg sya lakukan.


Dari kiri: mazlan, ecko, coolluk, adhzim, kecik, asik....
Rayanya kami di negeri orng banyak membuat 1001 satu kenangan, pahit manis bersama e2lah arti asam garam kehidupan. Rindu gilerrrr ngan family.. mcm nak nangis dibuatnya tp apa bleh buat tket mahal.
Apa2  pon kami enjoy beraya d negeri orang...

 
nie time pas solat sunat raya,,,,hahaha bergaya (^_^)

 
Di malam raya,kawanKu mazlan jaga buras 
dari pukul 9.00pm until 6.00am..
x tidor kami dibuatnyaaa.. (".)




Thursday 19 July 2012

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan


Assalamualaikum wwt..
Di kesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf kiranya 
ada tersilap bahasa, kata2 yang menguris perasaan sahabat2 sya sama ada kawan seperjuangan ,
 flower2 sya ,mahupun pembaca blog

Tidak lupa kepada keluarga yang jauh nun di sana. saya merindui kamu semua
mungkin kali nie saya xdapat  berpuasa bersama family, kepada adik2 ku di sana puasalah dengan penuh keimanan dan ketakwaan.
 
Buat warga Kolej Teknologi Darulnaim, saya mengucapkan selamat menyambut
bulan Ramadhan dengan lapang dada..

buat diri ku....
jadilah insan yang lebih baik dari tahun2 y lepas...
jangan sia-siakan peluang y datang...
belum tentu engkau dpt menikmatinya tahun hadapan...
Barakallah...

Thursday 29 March 2012

3 Golongan Manusia


Apabila seorang pendakwah itu bergaul dengan masyarakat, mereka akan mendapati:
  1. Ada golongan manusia yang telah beriman dan berpegang teguh dengan hukum ahkam Islam dalam kehidupan peribadi mereka tetapi tidak melaksanakan kewajipan-kewajipan amal haraki (dalam sebuah jemaah). Dalam hal ini para pendakwah tidak boleh menyamakan mereka dengan golongan lain.
  2. Mereka yang menganut agama Islam dan berbangga dengannya dalam keadaan mereka sendiri jahil. Mereka ini tidak berpegang dengan hukum-ahkam Islam dan mereka ini adalah golongan yang terbesar pada hari ini. Para pendakwah juga tidak seharusnya menyamakan mereka dengan kedudukan orang-orang kafir.
  3. Golongan manusia yang menjadi musuh ketat Islam. Mereka ini memusuhi Allah dan Rasul-Nya sama ada secara peribadi atau bersama dalam parti-parti politik atau pemimpin-pemimpin kerajaan. Sikap dan pendirian para pendakwah terhadap golongan di atas semestinya berbeza diantara satu sama lain. Perbezaan ini adalah atas perkiraan dekat atau jauhnya mereka dengan Islam, sejajar dengan penerimaan dan penolakan mereka terhadap Islam yakni bergantung kepada sikap kepatuhan  atau permusuhan mereka terhadap Islam.
Ada dikalangan mereka ini yang perlu diberi bimbingan dan asuhan(1),
ada pula yang harus diberi kesedaran dan ilmu pengetahuan tentang Islam(2),
ada juga yang tidak boleh dihadapi kecuali dengan pedang sementara golongan lainnya pula menjadi penyakit yang merbahaya(3).
Kesemua ini menuntut para pendakwah mempunyai hubungan yang mendalam dan meluas dengan masyarakat kerana masyarakat adalah bumi tempat mereka beramal dan berjihad. Tetapi bentuk hubungan para pendakwah dalam masyarakat adalah berbeza dengan cara orang biasa. Hubungan mereka adalah:
  • hubungan yang berbentuk usaha mempengaruhi supaya mereka menerima Islam bukan dipengaruhi oleh noda-noda jahiliyyah,
  • hubungan yang membawa kepada pembersihan, bukan kekotoran.
Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullahi salallahu ‘alaihi wasallam;
لَصَبْرُ أَحَدِكُمْ سَاعَةً فِي مَوْطِنِ مِنْ مَوَاطِنِ الْجِهَادِ خَيْرٌ مِنْ عِبَادَةِ أَحَدِكُمْ سِتِّيْنَ عَامًا
Sesaat kesabaran seorang daripada kamu dalam satu diantara medan-medan jihad adalah lebih baik daripada ibadah seorang daripada kamu (yang dilakukan) selama 60 tahun”
Wallahu a’lam…
islamthewayoflifes.blogspot.com

Wednesday 28 March 2012

Mana Perginya Mak???



Jam 6.30 petang. 
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"
Ateh menjawab, “Entah.”
Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”
Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"
Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.
Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.
Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.
Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.
Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.
Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.
Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.
Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."
Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.
Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.
Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.
Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.
Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.
Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.
Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..
Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"
Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

*Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari awek,isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Tuesday 27 March 2012

7 Sebab kenapa anda sellau rase letih

Korang selalu berasa letih dan tidak bermaya? Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan?  Sebelum korang cuba menyalahkan cara hidup yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba selami sebab-sebab lain ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan korang itu.
Sebab 1: Kekurangan darah
Sekiranya anda masih muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang ‘heavy’ setiap bulan, atau anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di diagnoskan mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab terhadap keletihan anda.
Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak bermaya.
Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B. Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah pinggang.
Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening, kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor.
Sebab ke 2 : Kekurangan Hormon Tiroid
Sekiranya anda terasa lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk beroperasi.
Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga semula.
Sebab ke 3: Jangkitan Kuman air kencing (UTI)
Walaupun kebanyakkan dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang lain mungkin tidak mengalami gejala langsung.
UTI disebabkan oleh jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin ditolak ke salur kencing semasa seks.
Ujian air kencing adalah mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik. Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik. Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya.
Sebab ke 4: Terlebih caffeine
Sesetengah orang menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita, caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan keletihan.
Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau apa-apa ubat yang mengandungi caffeine.
Sebab ke 5: Alahan makanan.
Makanan selalunya memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian anda.
Sebab ke 6: Sleep Apnea
Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup tidur?
‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur yang berdekur.
Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti merokok.
Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung.
Sebab No 7: Lemah Jantung
Sekiranya anda merasa cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut, jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda dari serangan jantung yang lebih serius.
islamtheoflifes.blogspot.com

Monday 26 March 2012

Iblis Akan Menangis Jika Kita Memberi Salam


Sabda Rasulullah saw: “Wahai manusia sampaikanlah salam, berikanlah makan dan
solatlah diwaktu malam, diwaktu orang-orang lain sedang tidur,
maka kamu akan masuk syurga”.

Sabda Rasulullah SAW.:”Sesungguhnya di dalam syurga itu terdapat kamar yang bermacam-macam,
semuanya boleh dilihat dari luar isi dalamnya dan dari dalam boleh
lihat diluar. Di dalam syurga itu terdapat kenikmatan yang belum
pernah dilihat oleh mata, yang belum didengar oleh telinga dan tidak
pernah dibayang oleh hati manusia.”

Lalu bertanya pula sahabat: “Ya Rasulullah, untuk siapakah kamar-kamar itu?”

Sabda Rasulullah saw: “Ianya adalah bagi orang yang menyampaikan salam, bagi orang yg memberi
makan, bagi orang yg selalu berpuasa, bagi orang yang mengerjakan solat
malam ketika orang lain sedang tidur.”

Bertanya para sahabat: “Siapakah yang kuat mengerjakan semua itu ya Rasulullah?”

Sabda Rasulullah saw.:”Akan aku terangkan kepada kamu semua:

1. Barang siapa bertemu dengan saudaranya (semua orang Islam) dan memberikan
salam kepadanya, maka sesungguhnya dia telah menyiarkan salam.

2. Barang siapa yang memberi makan ahli keluarga/ anak isterinya hingga kenyang maka
sesungguhnya ia telah memberi makan.

3. Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian dia puasa enam hari dalam bulan
syawal (selain 1 Syawal, diharam puasa) bererti dia sudah sentiasa berpuasa sepanjang tahun.

4. Barangsiapa solat Isyak dan solat subuh berjemaah, maka sesungguhnya dia telah mengerjakan
solat malam ketika orang lain sedang tidur.

Sabda Rasulullah saw:”Barang siapa yang berbicara sebelum memberi salam, maka janganlah
kamu jawab.”

Ibnu Abbas ra berkata: “Sesungguhnya Iblis yang terkutuk itu menangis,
sewaktu seseorang mukmin itu bersalam dan dia mengeluh:
“Aduh celaka, kedua mukmin itu tidak berpisah keduanya melainkan
diampuni dosanya”.

islamthewayoflifes.blogspot.com 

50 Fakta Mengenai Dunia





# Sebelum Masehi, Bahasa Inggerisnya adalah B.C (Before Christ). Setelah Masehi adalah A.D (Anno Domini).

# Ikan paus kehilangan gigi lebih dari 6000 batang setiap tahun, dan gigi barunya tumbuh dalam waktu 24 jam.

# Julius Caesar tewas dengan 23 tikaman.

# Nama mobil Nissan berasal dari bahasa Jepun iaitu Ni : 2 dan San : 3. Nissan : 23

# Zirafah dan tikus bisa bertahan hidup lebih lama tanpa air dari pada unta.

# Perut menghasilkan lapisan lendir setiap dua minggu agar perut tidak mencerna organnya sendiri.

# 98% dari perkosaan dan pembunuhan dilakukan oleh keluarga dekat atau teman si mangsa.

# Semut dapat mengangkat beban 50 kali daripada berat tubuhnya sendiri.

# Pengisytiharan Kemerdekaan Amerika ditulis diatas kertas marijuana.

# Titik diatas huruf i disebut ‘title’.

# Sebutir kismis yang dijatuhkan kedalam gelas berisi hampas segarnya akan bergerak naik turun dalam gelas.

# Benjamin Franklin anak bongsu dari orangtua bongsu keturunan ke 5 dalam keluarga bongsu.

# Triskaidekaphobia adalah ketakutan pada 13. Paraskevidekatriaph obia adalah ketakutan pada hari jumat tanggal 13 (bisa terjadi antara 1-3 kali setahun). di Italia, 17 adalah angka malang. di Jepun angka yang dianggap malang adalah 4.

# Lidah zirafah panjangnya lebih kurang 50 cm.

# Mulut menghasilkan 1 liter ludah setiap hari.

# Kita bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari.

# Kata ZIP (kode pos) adalah kepanjangan dari ‘Zoning Improvement Plan’.

# Coca-Cola mengandung Coca (yang merupakan zat aktif pada kokain) dari tahun 1885 sampai 1903.

# Rata-rata kita bicara 5000 kata tiap hari (walaupun 80% nya kita bicara pada diri sendiri).

# Seandainya kuota air dalam tubuh kita berkurang 1%, kita akan merasa haus.

# 4 simbol Raja pada daun terup melambangkan 4 raja yang terkenal di zaman masing-masing: “Ace”= David/Raja Daud ; “Kelawar” = Alexander the Great/Iskandar Agung ; Hati = Charlemagne/ Raja Prancis ; Diamond =Julius Caesar.

# Seumur hidup kita meminum air sebanyak kurang lebih 75,000 liter.

# Setiap orang, termasuk kembar seiras, cap jari dan tekstur lidahnya tidak ada yang sama.

# Titik merah pada logo 7-Up berasal dari penciptanya yang bermata Merah dan albino.

# Lelaki kehilangan 40 helai rambut setiap hari manakala wanita sebanyak 70 helai.

# Lambang/ikon ’save’ pada program Microsoft Office menunjukkan gambar floppy disk dengan shutter terbalik.

# Albert Einstein dan Charles Darwin, keduanya menikah dengan sepupu pertama mereka (Elsa Löwenthal dan Emma Wedgewood).

# Unta mempunyai 3 kelopak mata.

# Jangkahayat sehelai rambut di kepala kita adalah 2 hingga 6 tahun sebelum digantikan dengan rambut baru.

# Seseorang masih dalam keadaan sedar selama 8 saat setelah dipenggal kepalanya.

# Otot yang bekerja paling cepat ditubuh kita adalah otot dikelopak mata yang membuat mata kita berkedip. Kita mampu berkedip 5kali dalam sesaat.

# Coklat dapat membunuh anjing kerana ia dapat mempengaruhi jantung dan susunan sarafnya.

# Tanpa kehadiran air liur di dalam mulut, kita tidak dapat merasa makanan.

# Kuku di tangan tumbuh 4 kali lebih cepat daripada kuku di kaki.

# 13% orang di dunia adalah kidal.

# Hampir semua lipstik mengandung sisik ikan.

# Berat kepala bayi yang baru lahir hanyalah 1/4 dari berat tubuhnya.

# Kita sebenarnya melihat dengan otak. Peranan mata hanyalah seperti kamera yang menghantar maklumat/data ke otak. 1/4 bahagian dari otak digunakan untuk mengatur kerja mata.

# Kalajengking boleh dibunuh dengan menyiramnya menggunakan cuka. Ia akan marah dan menyengat dirinya sendiri.

# Tahun 1830-an, sos tomato biasa dijual sebagai ubat.

# Tiga monyet bijak mempunyai nama: Mizaru (See no evil), Mikazaru (Hear no evil), and Mazaru (Speak no evil).

# India mempunyai undang-undang hak untuk lembu.

# Jika bersin terlalu kuat boleh meretakkan tulang telinga. Jika mencuba menahan bersin, boleh mengalami pecah pembuluh nadi di kepala serta leher dan terus mati . Jika mata dipaksa terbuka di saat bersin, bola mata kita boleh melompat keluar.

# Nama negara Filipina adalah berasal dari nama Raja Phillip.

# Saudi Arabia berasal dari nama Raja Saud.

# Kanak-kanak mempunyai 20 gigi susu. Orang dewasa pula mempunyai 32 gigi kekal.

# Disebabkan rangkanya diperbuat daripada logam, maka piala Oscars yang dibagikan pada perang dunia ke-2 diperbuat daripada kayu.

# Setiap kitaran 11 tahun, kutub magnet pada matahari bertukar tempat. Kitaran ini dinamakan sebagai “Solarmax”.

# Terdapat 318,979,564, 000 kemungkinan kombinasi pembukaan pertama pada catur.

# Ada lebih dari 300 bakteria pembentuk karang gigi.

Kepentingan Menggembirakan Ibubapa.



‘Abd Allah ibn ‘Amr radhiallahu 'anh menerangkan bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata:

“Sesungguhnya aku datang untuk memberi janji taat setia (bai‘ah) kepada engkau untuk berhijrah, akan tetapi aku meninggalkan kedua orang tuaku dalam keadaan menangis.” Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepadanya:

“Kembalilah kepada mereka berdua dan jadikanlah mereka berdua ketawa (gembirakanlah mereka) sebagaimana kamu jadikan mereka menangis.”[1]


Berhijrah adalah salah satu tuntutan Islam yang amat pentingMalah Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi amaran keras kepada sesiapa yang enggan berhijrah tanpa alasan yang munasabah. Firman Allah:

Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata:
“Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?”
Mereka menjawab: “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi.”
Malaikat bertanya lagi: “Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?” Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.

Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum lelaki dan perempuan serta kanak-kanak,
yang tidak berdaya upaya mencari helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan (untuk berhijrah). Maka mereka (yang demikian sifatnya), mudah-mudahan Allah maafkan mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun. [al-Nisa’ 4:97-99]


Termasuk orang yang dimaafkan kerana tidak berhijrah adalah sebagaimana hadis di atas, dimana jika berhijrah akan menyedihkan ibubapanya, maka yang lebih utama adalah dia tidak berhijrah dan kembali menggembirakan mereka.

Dalam hadis ini terkandung petunjuk bahawa menggembirakan ibubapa adalah salah satu daripada tuntutan agama. Oleh itu janganlah kita melakukan sesuatu tindakan yang menjauhkan ibubapa daripada kegembiraan, apatah lagi jika ia menyedihkan mereka. Tidak ada cara yang terhad untuk menggembirakan ibubapa, asalkan ia tidak melibatkan sesuatu yang dilarang oleh syari‘at. Kerap kali menghubungi mereka, sering kali menziarahi mereka, membawa mereka bercuti, membelikan mereka hadiah adalah beberapa contoh cara kita boleh menggembirakan ibubapa. Meninggalkan mereka kesunyian, tidak menjengok mereka, tidak prihatin akan hal ehwal mereka, bercakap dengan nada yang keras, memarahi mereka adalah beberapa contoh tindakan kita yang menyedihkan mereka.

Timbul persoalan, bolehkah menggembirakan ibubapa dengan meraikan Mother’s Day dan Father’s Day? Sebahagian tokoh melarang sambutan Mother’s Day dan Father’s Day. Hujah mereka adalah:
1.    Hari perayaan dalam Islam hanya dua, iaitu ‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha. Apa-apa perayaan yang lain adalah bid’ah yang dilarang oleh agama.
2.    Seandainya Mother’s Day dan Father’s Day adalah baik, sudah tentu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam akan menganjurkannya kepada para sahabat radhiallahu 'anhum pada zaman baginda.
3.    Mother’s Day dan Father’s Day adalah perayaan orang bukan Islam dan kita umat Islam dilarang daripada mengikuti mereka.
4.    Berbuat baik kepada ibu dan ayah adalah tuntutan sepanjang tahun dan bukannya pada satu dua hari tertentu dalam setahun.

Sekalipun tokoh-tokoh yang melarang adalah mereka yang dihormati, itu tidaklah bermakna hujah-hujah mereka tidak boleh dibuka untuk analisa. Dalam menganalisa hujah-hujah mereka berkenaan sambutanMother’s Day dan Father’s Day, saya dapati ianya adalah lemah. Sebabnya:

1.    Perayaan bid‘ah yang dilarang adalah perayaan yang bersangkutan dengan agama. Aidul Fitri dan Aidul Adha adalah hari perayaan keagamaan, kerana itulah pada hari tersebut kita dituntut untuk bertakbir dan melaksanakan solat sunat. Adapun hari Mother’s Day dan Father’s Day, maka ia adalah perayaan yang bersangkutan dengan adat manusia, sepertimana perayaan Hari Guru, Hari Warga Tua dan sebagainya. Tidaklah termasuk dalam perbincangan bid‘ah atau sunnah apa yang bersangkutan dengan adat manusia.

Perlu diingatkan bahawa dalam berinteraksi dengan persoalan bid‘ah, manusia terbahagi kepada tiga kumpulan:
·         Pertama adalah mereka yang amat ketat penilaiannya, sehingga hampir semua perkara yang baru dilabel sebagai bid‘ah yang dilarang oleh Islam. Padahal sebahagian besar daripada perkara tersebut adalah sesuatu yang harus hukumnya.
·         Kedua adalah mereka yang bermudah-mudahan penilaiannya, sehingga hampir semua perkara yang baru dilabel sebagai bid‘ah hasanah. Padahal di antara perkara tersebut ada yang benar-benar merupakan bid‘ah yang dilarang oleh Islam.
·         Ketiga adalah mereka yang berada di pertengahan, tidak berlebih-lebihan dan tidak pula bermudah-mudahan. Setiap perkara yang baru tidak akan dilabel sebagai bid‘ah mahupun sunnah melainkan terlebih dahulu dianalisa secara mendalam.
2.    Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak menganjurkan Mother’s Day dan Father’s Day pada zaman baginda kerana suasana yang memerlukannya tidak wujud. Di kalangan sahabat, ada yang ibubapa mereka memusuhi Islam. Maka sememangnya tidak perlu berbuat baik kepada mereka. Bagi sebahagian sahabat yang lain, mereka tinggal bersama atau berhampiran ibubapa sehingga tidak memerlukan hari yang istimewa untuk berbuat baik kepada ibubapa.

Berbeza dengan masa kini, kebanyakan kita (anak-anak) berada jauh daripada ibubapa, sama ada kerana pembelajaran atau kerjaya. Suasana ini menyebabkan kita perlu mencari ruang untuk berbuat baik kepada ibubapa semampu boleh sambil meneruskan kehidupan sendiri. Meraikan ibubapa pada Mother’s Day danFather’s Day adalah salah satu daripada ruang tersebut.

3.    Tidaklah semua yang berasal daripada kaum bukan Islam adalah dilarang. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sendiri pernah meminta para tawanan Perang Badar untuk mengajar umat Islam membaca dan menulis. Baginda juga pernah beberapa kali menggunakan strategi peperangan bangsa lain dalam ekspedisi jihadnya.

Justeru larangan mengikuti kaum bukan Islam sebenarnya ditujukan kepada sesuatu yang merupakan ciri-ciri keagamaan mereka yang masih dipraktikkan. Merujuk kepada hari perayaan, kita umat Islam dilarang untuk turut serta merayakan atau meniru hari keagamaan mereka, seperti Hari Easter, Hari Thaipusam, Hari Wesak dan sebagainya. Mother’s Day dan Father’s Day bukanlah hari keagamaan kaum bukan Islam.

4.    Hujah “Berbuat baik kepada ibu dan ayah adalah tuntutan sepanjang tahun dan bukannya pada satu dua hari tertentu dalam setahun” adalah bukti bahawa yang berhujah tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Bahkan ia boleh digunakan untuk bertanya kembali kepada mereka: “Jika begitu kenapakah anda saat ini tidak berada dan sentiasa berada di sisi ibubapa anda?

Berbuat baik kepada ibubapa tidaklah bererti duduk di sebelah mereka sepanjang masa. Akan tetapi ia adalah mengimbangi dengan adil antara berbuat baik kepada mereka dan meneruskan kehidupan sendiri. Salah satu daripada perimbangan tersebut ialah meraikan ibubapa pada hari Mother’s Day dan Father’s Day.Sudah tentu adalah lebih baik jika anak-anak dapat mewujudkan ruang yang lebih kerap untuk berbuat baik kepada ibubapa mereka. Ini akan saya jelaskan seterusnya dalam buku ini, insya-Allah.

Oleh itu meraikan Mother’s Day dan Father’s Day adalah harus, terbuka kepada kedudukan setiap anak-anak. Sesiapa yang mendapati ianya dapat menggembirakan ibubapa mereka, maka teruskanlah. Namun sesiapa yang dapat mewujudkan ruang lain untuk menggembirakan ibubapa mereka tanpa terhad kepadaMother’s Day dan Father’s Day, sudah tentu ia adalah lebih baik. Penjelasan yang sama juga ditujukan kepada beberapa hari-hari yang lain seperti sambutan Hari Jadi.