Thursday 29 March 2012

3 Golongan Manusia


Apabila seorang pendakwah itu bergaul dengan masyarakat, mereka akan mendapati:
  1. Ada golongan manusia yang telah beriman dan berpegang teguh dengan hukum ahkam Islam dalam kehidupan peribadi mereka tetapi tidak melaksanakan kewajipan-kewajipan amal haraki (dalam sebuah jemaah). Dalam hal ini para pendakwah tidak boleh menyamakan mereka dengan golongan lain.
  2. Mereka yang menganut agama Islam dan berbangga dengannya dalam keadaan mereka sendiri jahil. Mereka ini tidak berpegang dengan hukum-ahkam Islam dan mereka ini adalah golongan yang terbesar pada hari ini. Para pendakwah juga tidak seharusnya menyamakan mereka dengan kedudukan orang-orang kafir.
  3. Golongan manusia yang menjadi musuh ketat Islam. Mereka ini memusuhi Allah dan Rasul-Nya sama ada secara peribadi atau bersama dalam parti-parti politik atau pemimpin-pemimpin kerajaan. Sikap dan pendirian para pendakwah terhadap golongan di atas semestinya berbeza diantara satu sama lain. Perbezaan ini adalah atas perkiraan dekat atau jauhnya mereka dengan Islam, sejajar dengan penerimaan dan penolakan mereka terhadap Islam yakni bergantung kepada sikap kepatuhan  atau permusuhan mereka terhadap Islam.
Ada dikalangan mereka ini yang perlu diberi bimbingan dan asuhan(1),
ada pula yang harus diberi kesedaran dan ilmu pengetahuan tentang Islam(2),
ada juga yang tidak boleh dihadapi kecuali dengan pedang sementara golongan lainnya pula menjadi penyakit yang merbahaya(3).
Kesemua ini menuntut para pendakwah mempunyai hubungan yang mendalam dan meluas dengan masyarakat kerana masyarakat adalah bumi tempat mereka beramal dan berjihad. Tetapi bentuk hubungan para pendakwah dalam masyarakat adalah berbeza dengan cara orang biasa. Hubungan mereka adalah:
  • hubungan yang berbentuk usaha mempengaruhi supaya mereka menerima Islam bukan dipengaruhi oleh noda-noda jahiliyyah,
  • hubungan yang membawa kepada pembersihan, bukan kekotoran.
Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullahi salallahu ‘alaihi wasallam;
لَصَبْرُ أَحَدِكُمْ سَاعَةً فِي مَوْطِنِ مِنْ مَوَاطِنِ الْجِهَادِ خَيْرٌ مِنْ عِبَادَةِ أَحَدِكُمْ سِتِّيْنَ عَامًا
Sesaat kesabaran seorang daripada kamu dalam satu diantara medan-medan jihad adalah lebih baik daripada ibadah seorang daripada kamu (yang dilakukan) selama 60 tahun”
Wallahu a’lam…
islamthewayoflifes.blogspot.com

No comments:

Post a Comment